107 mangsa banjir terjejas di Selangor - Utusan Malaysia

107 mangsa banjir terjejas di Selangor

Mangsa banjir
ANGGOTA APM membantu memindahkan mangsa banjir di sekitar Kuala Selangor dan Sungai Buloh, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Di Selangor, Seramai 107 mangsa banjir terdiri daripada 24 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Seri Coalfields dan Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak, Sungai Buloh, setakat ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor memaklumkan kedua-dua PPS itu masih beroperasi setakat pukul 8 pagi tadi bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Kubu Gajah, Kampung Seri Aman dan Taman Saujana Aman.

“Bagi daerah Petaling, PPS di SK Merbau yang menempatkan 82 mangsa daripada 17 keluarga mula dibuka pukul 12.38 tengah malam tadi.

“PPS di Dewan MPKS Sri Coalfields bagi daerah Kuala Selangor yang dibuka pukul 7.30 pagi pula melibatkan 2 mangsa daripada tujuh keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pemindahan dilakukan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pelbagai agensi lain.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seramai 34 penduduk Kampung Seri Aman dan Taman Saujana Aman di sini, dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dilanda banjir setinggi 1.5 meter, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya