Banjir: 34 mangsa dipindah ke PPS  - Utusan Malaysia

Banjir: 34 mangsa dipindah ke PPS 

Banjir
KEADAAN banjir di Kampung Seri Aman dan Taman Saujana Aman, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seramai 34 penduduk Kampung Seri Aman dan Taman Saujana Aman di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka di dua kawasan berkenaan dilanda banjir setinggi 1.5 meter, hari ini.

Kesemua mangsa termasuk sembilan keluarga itu kini ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Seri Coalfields.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.48 malam tadi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama.

“Pemeriksaan awal mendapati sebanyak 12 rumah mangsa di Kampung Sri Aman terjejas akibat banjir. Kesemua penduduk berjumlah 27 orang dan empat daripada mereka dipindahkan ke PPS,” katanya, hari ini.

Jelas Hafisham, aliran air kawasan itu kemudian menjejaskan Taman Saujana Aman yang berada kira-kira satu kilometer (km) dan pemantauan lanjut masih dijalankan bersama agensi lain.

“Anggota bomba melakukan pemindahan 30 mangsa yang terdiri daripada sembilan keluarga penduduk kawasan itu. Jumlah keseluruhan mangsa terlibat masih dalam bancian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya