Zuriat? Memang nak secepat mungkin - Hana Ismail - Utusan Malaysia

Zuriat? Memang nak secepat mungkin – Hana Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Personaliti televisyen, Hana Ismail, memaklumkan dia dan suami, Da’i Syed tidak pernah terasa hati, malah sentiasa bersikap terbuka setiap kali diajukan pertanyaan tentang zuriat.

Kata Hana, dia menerima perkara itu sebagai doa yang perlu diraikan dan sentiasa melihatnya dari perspektif yang lebih positif.

“Kami sebenarnya tidak kisah kalau ada yang bertanyakan tentang hal ini kerana pada masa sama, mereka sebenarnya mendoakan perkara yang baik.

“Saya dan suami sejak awal lagi tidak merancang soal anak, namun kalau boleh kami mahu memiliki zuriat secepat mungkin.

“Sebenarnya, suami selalu pegang perut saya dan bertanya ada bayi atau tidak dengan nada berseloroh. Cara dia itu sebenarnya doa dan harapan untuk mempunyai anak yang soleh dan solehah. Jadi, apa juga pertanyaan pasal zuriat, kami terima sebagai doa yang baik,” katanya.

Hana mendirikan rumah tangga dengan Di Syed pada 3 Disember 2022 di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Hana menyifatkan suaminya sebagai seorang yang periang dan suka menghiburkan, tetapi tegas terutama dalam hukum-hakam agama dan kehidupan sebagai Muslim.

“Dia seorang yang jovial, tetapi ada juga ‘kepala anginnya’. Itu sisi tegas yang pada saya, bagus.

“Ada masa, dia akan ajar dan terapkan ilmu kepada saya secara tidak formal, jelaskan tentang hukum agama, kupas tentang isu masyarakat dan salah faham berkaitan agama serta sebagainya.

“Alhamdulillah, saya seronok bersuamikan lelaki yang arif tentang agama kerana tidak perlu menghadiri kelas,” ujarnya.

Ditanya tentang reaksi negatif netizen terhadap kemesraan yang sering dipaparkan mereka di media sosial, jawab Hana, dia terima dengan berlapang dada.

“Ramai yang buat perkara sama, kongsi gambar atau video suami, isteri dan anak di media sosial. Tetapi, mungkin tumpuan diberikan lebih kepada kami kerana dikenali.

“Kita tidak boleh paksa orang untuk suka kita. Saya tidak mahu berpura-pura. Apa juga reaksi netizen terhadap kemesraan yang kami kongsikan di media sosial, saya terima dengan terbuka.

“Asalkan orang dapat manfaat, Alhamdulillah. Ambil yang baik, buang yang keruh, insya-Allah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.