Zamri Zainal Abidin CEO Yadim baharu

Zamri Zainal Abidin CEO Yadim baharu

ZAMRI Zainal Abidin dilantik CEO Yadim baharu berkuat kuasa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Zamri Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang sebelum ini berkhidmat di badan dakwah ini sejak 2019.

Dalam satu kenyataan, Yadim memaklumkan, Zamri berpengalaman dalam pentadbiran awam hasil khidmat beliau di beberapa agensi sebelum ini.

“Sebelum dilantik sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Kanan kepada Exco Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Lulusan Universiti Al-Azhar ini juga pernah menjadi Pegawai Khas Hal Ehwal Islam kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan sebelum itu menyandang sebagai Penerbit Rancangan Kanan Radio Ikim.FM di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),” katanya.

Yadim berkata, pengalaman beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan usaha dakwah diyakini akan dapat memacu badan itu selaku agensi peneraju gerakan dakwah untuk terus menyebar luas rahmah Islam.

Ia selaras dengan hasrat Malaysia Madani sebagai langkah mengangkat martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya