Wakil perdagangan AS adakan pertemuan dengan Tengku Zafrul

Wakil perdagangan AS adakan pertemuan dengan Tengku Zafrul

Chaterine Tai (duduk) menandatangani buku tetamu ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Katherine Tai semalam bertemu dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Tai mengucapkan tahniah kepada Tengku Zafrul di atas pelantikan beliau sebagai menteri dan berterima kasih atas layanan baik semasa lawatan pertamanya ke Malaysia.

Mereka membincangkan kepentingan memajukan hubungan perdagangan dan pelaburan AS-Malaysia.

Tai dan Menteri Zafrul  turut mengalu-alukan perkembangan positif dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik dan membincangkan jadual untuk rundingan berterusan pada 2023.

Tai berkongsi keutamaan ekonomi AS untuk APEC yang dihoskan oleh AS, yang akan dibina di atas asas Wawasan Putrajaya yang disahkan semasa Malaysia menjadi hos untuk APEC 2020.

Tai berkata, beliau menantikan peluang untuk mengalu-alukan Malaysia ke Amerika Syarikat untuk menyertai pelbagai libat urus APEC sepanjang tahun ini.

Kedua-dua mereka bersetuju untuk terus berhubung mengenai perkara-perkara ini dan keutamaan ekonomi penting lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN