UAI tiada tauliah, batal program ceramah - JAIS - Utusan Malaysia

UAI tiada tauliah, batal program ceramah – JAIS

Tauliah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus disahkan tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri ini menyebabkan program ceramah yang dijadualkan pada 26 Februari (Ahad) ini dekat Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dibatalkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, JAIS mengambil maklum pembatalan majlis tersebut selepas semakan dibuat terhadap figura berkenaan.

“Hasil semakan mendapati, Azhar tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor. Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di Selangor.

“Semua individu yang mengajar tentang agama Islam di negeri ini perlu mematuhi undang-undang dan peraturan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pihak masjid atau surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pindaan 2016.

Sementara itu, Azhar menerusi akaun Facebooknya memaklumkan, pembatalan kuliah tersebut adalah atas faktor tidak mendapat kebenaran daripada JAIS untuk dilaksanakan.

Dalam hantaran sama, beliau turut memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri ini, sebaliknya ditukar ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur, pada Ahad ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.