Tumpahan minyak jentera berat punca empat LRA henti tugas - Utusan Malaysia

Tumpahan minyak jentera berat punca empat LRA henti tugas

LRA pencemaran
JENTERA berat yang ditemui di sekitar kawasan LRA Rantau Panjang di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Loji Rawatan Air (LRA) di Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 kembali beroperasi secara berperingkat sejak pukul 6.30 pagi tadi selepas dihenti tugas akibat pencemaran bau dikesan kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Menurut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), sumber air mentah disalurkan semula ke LRA berkenaan bermula pukul 1.30 pagi tadi selepas bacaan sifar ton direkodkan sebanyak tiga kali berturut-turut apabila air dari Sistem Takungan Air Pinggiran Sungai (HORAS) 600 dan kolam alternatif KL Larut dilepaskan untuk meningkatkan pencairan sungai di kawasan tercemar.

“Katanya, penutupan sementara muka sauk LRA selama empat jam itu sebagai kawalan dan pencegahan bagi mengelak kesan pencemaran lebih teruk. Semakan awal mendapati masalah pencemaran bau itu dikenal pasti berkaitan bau tumpahan minyak dari aktiviti jentera berat (diesel). 

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan bagi memastikan ia diselesaikan sepenuhnya di lapangan berkaitan. Insiden ini berjaya dikawal dengan penyaluran air mentah daripada HORAS 600 dan kolam alternatif KL Larut.

“Ia meningkatkan pencairan sungai serta aliran tercemar melepasi kawasan muka sauk dengan cepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan tujuh wilayah dilapor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual iaitu Petaling, Gombak, Kuala Selangor, Klang dan Shah Alam, Hulu Selangor serta Kuala Langat.

“Tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi dan tekanan air pada sistem agihan. Air Selangor sedang giat menggerakkan lori tangki air ke kawasan terlibat bagi memberi bantuan bekalan kepada pengguna terjejas.

“Pencemaran bau seakan diesel yang mengakibatkan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) semalam dikenalpasti berpunca tumpahan minyak diesel daripada aktiviti jentera berat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya