Tuduhan SPRM tawar RM10 juta babitkan Muhyiddin fitnah - KP SPRM - Utusan Malaysia

Tuduhan SPRM tawar RM10 juta babitkan Muhyiddin fitnah – KP SPRM

AZAM BAKI
AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan seorang individu yang membuat tuduhan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah disifatkan sebagai fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Menegaskan kepada Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tuduhan seperti dilakukan individu berkenaan merosakkan kepercayaan masyarakat kepada SPRM.

Kata beliau, pihaknya sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan itu.

“Ini individu yang tidak bertanggungjawab dan SPRM akan ambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

“Ia satu fitnah dan beliau adalah penipu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu video berdurasi 44 saat yang tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM kepada Ketua Penerangan Bersatu.

Melalui klip video itu, lelaki terbabit mendakwa tawaran itu dibuat SPRM supaya Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menukar kenyataannya dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu untuk menerima wang rasuah.

Terdahulu, Wan Saiful, 48, dan Adam Radlan, 42, seorang ketua pegawai eksekutif syarikat, masing-masing mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka oleh pihak pendakwaan secara berasingan di hadapan Hakim, Azura Alwi dan Hakim, Suzana Hussin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya