Tindakan ekonomi negara dibincang Badan Penasihat Khas

Tindakan ekonomi negara dibincang Badan Penasihat Khas

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada perhimpinan bulanan bersama warga MOF di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar sudah mengadakan perbicangan dengan Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan berhubung tindakan ekonomi negara.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan itu tidak memperincikan tugasan yang sudah diarahkan kepada badan tersebut.

Sebaliknya, beliau memberitahu, Pengerusi Badan Penasihat Khas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican akan mengumumkannya kelak.

“Iya. Saya sudah bincang. Hassan akan umumkan,” katanya selepas perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada pasukan tersebut sudah diberikan tugas berhubung tindakan ekonomi negara.

Semalam, Anwar mengumumkan kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.

Selain Hassan, empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn. Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof. Dr. Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya