Tiga dekad menyanyi, Nora impi konsert mega

Tiga dekad menyanyi, Nora impi konsert mega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin berharap, impian untuk beraksi dalam konsert berskala besar menjadi kenyataan sebagai tanda penghargaan atas sokongan peminatnya selama ini.

Penyanyi lagu Hanya Satu itu berkata, sepanjang tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik, dia hanya mampu melihat rakan-rakan artis, termasuk dari luar negara menganjurkan konsert di negara ini.

“Selama 30 tahun dalam industri, belum ada rezeki dan diberi peluang beraksi dalam konsert mega.

“Setiap tahun, saya hanya mampu melihat rakan-rakan artis, terutama sekali dari luar mengadakan konsert di sini,” tulisnya dalam Instagram, hari ini.

Nora berkata, dia sangat berharap impian tersebut dapat direalisasikan sebelum bersara daripada bidang nyanyian.

Katanya, dia tidak pernah putus berdoa agar dikurniakan rezeki mengadakan konsert yang selama ini menjadi impiannya sebelum meninggalkan industri hiburan.

“Setiap hari saya berdoa agar satu hari nanti, ada magis datang untuk merealisasikan satu-satunya impian saya yang belum tercapai dan penutup sebelum bersara.

“Moga peminat juga sudi doakan saya. Terima kasih kerana masih menyokong saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN