Tiga agensi pelancongan terbabit kes tipu pelanggan - Utusan Malaysia

Tiga agensi pelancongan terbabit kes tipu pelanggan

KEBANYAKAN laporan dibuat berkaitan jenayah penipuan seperti gagal menyediakan pakej umrah dan haji selain pakej pelancongan yang dijanjikan alasan-alasan tertentu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tiga daripada 15 syarikat pelancongan yang disenarai Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melanggar Akta Industri Pelancongan 1992 dikesan terlibat dalam menipu jemaah umrah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, hasil semakan mendapati terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadap tiga syarikat pelancongan itu.

Katanya, kebanyakan laporan dibuat berkaitan jenayah penipuan seperti gagal menyediakan pakej umrah dan haji selain pakej pelancongan yang dijanjikan alasan-alasan tertentu.

“Selain itu, laporan polis juga berkaitan ketidakpuashati dengan tawaran pelancongan ditawarkan syarikat-syarikat berkenaan.

“Malah terdapat syarikat pelancongan itu didakwa menipu pelanggan selepas menawarkan pakej umrah dan haji namun apabila pembayaran penuh dibuat, mereka gagal membawa jemaah-jemaah terbabit sekitar tahun 2018 hingga 2018,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah sumber, sehingga kini, masih terdapat sebuah syarikat tidak membuat bayaran balik kepada mangsa-mangsa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk semak senarai-senarai yang dikeluarkan oleh MOTAC sebelum mengambil pakej dengan agensi pelancongan.

“Terdapat juga individu yang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan pakej murah namun apa akhirnya wang itu ‘hangus’,” katanya.

Pada 26 Januari lalu, MOTAC mengeluarkan senarai amaran terbaharu melibatkan 15 entiti yang melanggar Akta Industri Pelancongan 1992.

Entiti tersebut adalah Abir Concept Holidays Sdn. Bhd.; Al Munawwarah Agency Travel Services; Anitha Sai Tour; Ar Rayyan Hijrah Global Sdn. Bhd. dan As Shuraim Travel and Tours.

Turut disenarai, BigSumo Tour and Travel; Hiddan Travel Sdn. Bhd.; Impian Terbang Resources; Mayavinpayanam; Mega Wira Agency, Ooh Cuti dan Priya Travel and Tours.

Selain itu, Sabah Trip Holidays, Salam Haji Travel Tours dan Shiva Tourism turut dalam senarai amaran oleh MOTAC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya