Tiada istilah ‘orang saya’’, ‘orang  awak’’ dalam PDRM - KPN

Tiada istilah ‘orang saya’, ‘orang  awak’ dalam PDRM

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, budaya ‘pilih bulu’ atau layanan istimewa terhadap sesetengah anggota perlu dibanteras daripada terus dijadikan amalan dalam pasukan.

Kata beliau, tindakan memberi layanan istimewa dianggap sebagai satu barah dan sering didengari dalam dalam mana-mana organisasi.

“Anggap semua ketua polis daerah, pegawai dan anggota di bawah kawal seliaan sebagai anggota yang memakai seragam biru.Tidak ada yang boleh digelarkan sebagai ‘orang saya’ atau ‘orang awak’.

“Tidak ada ada isu anak emas anak gangsa, itu orang IGP, orang OCPD (ketua polis aerah) kerana semua pegawai dan anggota polis adalah orang saya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Serah Tugas di Maktab PDRM di sini, hari ini.

Tegas beliau, budaya seperti itu tidak sepatutnya dibenarkan di dalam mana-mana organisasi sekalipun khususnya dalam pasukan polis.

Katanya, pasukan tersebut sepatutnya bergerak dalam satu suara dan paling mustahak apabila seorang ketua melihat kesemua anggota tanpa membeza-bezakan status mereka.

“Ia mungkin persepsi dan mungkin berlaku sedikit sebanyak, tapi kita tak mahu perkara sedemikian berlaku.

“Ilmu pengurusan moden yang ditulis oleh ‘mat saleh’ turut mengatakan hal yang sama, jadi perkara ini berlaku secara global, untuk PDRM kita tak benarkan budaya ini meresap masuk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN