Takut berkahwin, Isyariana sukar percaya lelaki - Utusan Malaysia

Takut berkahwin, Isyariana sukar percaya lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Isyariana, mengakui masih trauma dengan perceraian ibu dan bapanya hingga membuatkan dia takut untuk mendirikan rumah tangga.

Pelakon Isteri Halal itu berkata, dia juga sukar mempercayai orang luar, terutama lelaki membuatkan dia lebih selesa berkawan tanpa sebarang niat membawa hubungan itu ke fasa lebih serius.

“Saya susah hendak percaya orang, terutama lelaki. Mungkin saya pernah berada dalam situasi dan melihat masalah rumah tangga ibu bapa sehingga bercerai, sedikit sebanyak memberi impak.

“Pernah juga saya mengenali beberapa lelaki, tetapi perasaan mahu berkahwin itu tidak ada. Bukan serik atau kecewa, cuma saya lebih senang sendiri. Saya selesa hidup begini.

“Cuma, sebagai manusia, saya tidak menolak jodoh. Kalau Tuhan sudah tetapkan bila dan dengan siapa saya berkahwin, saya terbuka hati untuk terima. Sudah namanya jodohkan?,” katanya.

Dalam pada itu, Isyariana berkata, dia sebolehnya tidak mahu menjalin hubungan cinta dengan rakan pelakon dan menolak untuk berkawan rapat dengan lelaki yang sudah berkeluarga.

“Saya pernah didekati suami orang, tetapi awal-awal lagi saya sudah cakap tidak. Malah, di set penggambaran, saya sentiasa letakkan batas. Kita sekadar berlakon, bukan betul-betul.

“Saya tidak ada masalah untuk berlakon dengan sesiapa. Baik pelakon bujang atau suami orang, saya sedia bergandingan kerana itu kehendak penerbit dan pengarah.

“Saya cuma jalankan tugas sebagai pelakon. Namun, saya tetap menjaga batas pergaulan supaya tidak timbul masalah pada kemudian hari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya