Tak perlu sebut nama, semua tahu siapa dia - Aliff Aziz

Tak perlu sebut nama, semua tahu siapa dia – Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Spekulasi pelakon wanita didakwa cuba menganggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah terjawab apabila penyanyi itu mengakui insiden tersebut berlaku ketika membintangi drama terbaru, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Meskipun tidak menyebut nama, Aliff sebelum ini menjadi bualan ramai di media sosial selepas tular video babak mesra promosi drama tersebut bersama seorang artis wanita, sekali gus turut mengheret pelakon, Sophia Albarakbah dalam kancah kontroversi.

“Saya rasa tanpa menyebut nama, saya sedang buat satu drama sahaja. Jadi, itu sahajalah heroin saya. Rasanya orang sudah sedia maklum, malah isteri saya juga tidak sebut nama. Jadi, lebih baik biarkan perkara itu begitu sahaja.

“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh, tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk dan secara rasional, berkomunikasi tentang isu ini.

“Saya tidak akan menafikan apa yang isteri sudah dedahkan. Saya kenal Bella dan dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tidak akan melenting kalau perkara itu tidak betul,” katanya.

Pelakon dan penyanyi itu ditemui ketika sesi sidang media drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, di sini, hari ini.

Aliff juga tidak menafikan, kontroversi tersebut terjadi berpunca daripada kekhilafan dirinya yang lalai untuk menjaga batas hubungan, walaupun memegang status suami.

“Tiada siapa jangka kontroversi ini akan meledak. Saya anggap ini teguran daripada Tuhan supaya tidak lalai menjaga iktilat ketika menjalani penggambaran.

“Pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip, jadi kami seolah-olah terbawa dengan perasaan ketika berlakon,” ujarnya.

Sementara itu, Aliff juga enggan kontroversi itu berlarutan dan demi menghormati isteri, dia akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon tersebut.

Aliff juga berharap pelakon tersebut dapat tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan kemelut yang hangat diperkatakan ramai.

“Saya tidak boleh memaksa, tetapi berharap pihaknya juga dapat memberi penjelasan. Apapun, terpulang kepada dia.

“Seperti apa yang Bella katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinannya terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.

Bella bagaimanapun, tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut, namun warganet mula menyerang akaun Instagram Sophia sehingga memaksa artis itu menghadkan ruangan komen di media sosialnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.