Suri rumah digalak carum Perkeso - Utusan Malaysia

Suri rumah digalak carum Perkeso

Suri rumah
ISMAIL Abi Hashim (berdiri, dua kanan) dan Roziah Mohd. Janor (berdiri, empat kanan) mendengar taklimat dari wakil sebuah syarikat dalam Program Kerjaya Graduan Anjuran Perkeso Selangor dan Perpustakaan Tun Abdul Razak, di UiTM Shah Alam, Selangor.  - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sehingga kini hanya sekitar 6,000 suri rumah mendaftar sebagai pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), malah kurang 1,000 orang yang sudah mendaftar di Selangor.

Justeru, masyarakat disarankan mendapatkan perlindungan melalui skim tersebut yang menyediakan faedah seperti  hilang upaya kekal, perubatan dan pemulihan, elaun keuzuran, bantuan dialisis, pencen penakat dan pengurusan jenazah.

Skim tersebut ditawarkan kepada semua suri rumah berusia bawah 55 tahun dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa, serta berkahwin atau bujang, layak untuk menyertai skim itu, dengan caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan, yang dibayar secara lebih awal.

Menurut Pengarah Perkeso Selangor, Ismail Abi Hashim berkata, golongan suri rumah separuh masa dan yang berkerjaya diharap mendapatkan maklumat berhubung perkara tersebut dengan Perkeso.

“Sekurang-kurangnya jika berlaku masalah kesihatan mereka akan mendapat bantuan daripada Perkeso melalui SKSSR ini. Manfaat disebabkan kematian turut disediakan.

“Seramai 800 suri rumah di negeri ini telah mendaftar secara sukarela bagi mendapat manfaat kesihatan di bawah skim tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Program Kerjaya Graduan Anjuran Perkeso Selangor dan Perpustakaan Tun Abdul Razak oleh Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor, hari ini.

Beliau memaklumkan, program tersebut membolehkan orang ramai mencari 5,000 peluang pekerjaan yang disediakan.

Sementara itu Roziah berkata, selain siswazah UiTM, penduduk sekitar Shah Alam turut boleh mencari pekerjaan pada program tersebut.

“Seramai 26 orang telah ditawarkan bekerja oleh syarikat yang menyertai program ini. Manakala seramai 111 pencari kerja mendapat temuduga kedua di ibu pejabat syarikat-syarikat yang terlibat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.