SPRM sahkan sudah ambil keterangan Mohamad Syafiq - Utusan Malaysia

SPRM sahkan sudah ambil keterangan Mohamad Syafiq

TAN SRI AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan pemerhati politik, Mohamad Shafiq Abdul Halim berhubung tuduhan yang dilemparkannya terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kononnya menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan diambil hari ini.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Tan Sri Azam Baki berkata, Mohamad Syafiq telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya tengah hari tadi.

“Ya, SPRM telah ambil keterangan Mohamad Syafiq,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, SPRM akan memangil Mohamad Syafiq meskipun permohonan maaf dibuat olehnya.

Tegas Azam, beliau sama sekali tidak akan berkompromi dengan tuduhan yang dibuat kerana disifatkan sebagai fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu,,Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) turut meyekar tindakan Mohamad Syafiq dan menggesa SPRM mengambil dengan tegas.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, permintaan maaf daripadanya adalah tidak mencukupi kerana kenyataan itu telah tersebar luas dan pasti ada yang mempercayainya.

Terdahulu, Mohamad Syafiq dalam hantaran Facebooknya memaklumkan dia akan hadir ke pejabat SPRM Putrajaya bersama peguam untuk memberi keterangan berhubung video 44 saat yang di tularkan.

Selain itu, Mohamad Syafiq berkata, dia juga dalam proses memohon pihak aplikasi Tiktok memberikan video berdurasi penuh dimuat turun kerana ada masalah dalam muat turun video tersebut secara tiba-tiba.

Mohamad Syafiq juga menjangkakan kemungkinan besar dia akan di reman harini mengikut pandangan peguam.

Semalam tular satu video berdurasi 44 saat yang tersebar di Twitter memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM kepada Ketua Penerangan Bersatu.

Melalui klip video itu, lelaki terbabit mendakwa tawaran itu dibuat SPRM supaya Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menukar kenyataannya dengan mengatakan bahawa beliau menerima arahan daripada Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu untuk menerima wang rasuah.

Terdahulu, Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Adam Radlan, 42, seorang ketua pegawai eksekutif syarikat, masing-masing mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka oleh pihak pendakwaan secara berasingan di hadapan Hakim, Azura Alwi dan Hakim, Suzana Hussin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya