Siti Bainun setuju luka lecur Bella teruk

Siti Bainun setuju luka lecur Bella teruk

SITI BAINUN ABD. RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa dia bersetuju kecederaan luka lecur yang dialami remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella adalah luka teruk. 

Ketika sesi pemeriksaan balas, Timbalan Pendakwa Raya, Shakira Aliana Alias membangkitkan mengenai perbualan antara Siti Bainun dan ahli farmasi menerusi aplikasi Whatsapp. 

Shakira Aliana bertanya sama ada Siti Bainun bersetuju bahawa kecederaan yang dialami oleh Bella adalah ‘luka teruk’ memandangkan ia merupakan ungkapan yang disebut oleh Siti Bainun sendiri dalam perbualan itu. 

Membaca semula tangkap layar yang disediakan oleh pihak pendakwaan, Siti Bainun ada mengatakan ‘saya hendak ubat yang paling bagus’ dan ‘ada tangan melecur teruk’. 

Shakira Aliana: Saya katakan dalam perbualan ini kamu kata ‘ada tangan melecur teruk’?

Siti Bainun: Setuju

Shakira Aliana: Ini merujuk siapa? 

Siti Bainun: Bella

Shakira Aliana: Jadi kamu setuju tangan dia melecur teruk? 

Siti Bainun: Setuju

Shakira Aliana: Kamu tahu sebenarnya luka bella itu teruk tapi kamu tidak bawa dia ke klinik kerana kelakuan kamu akan terdedah? 

Siti Bainun: Tidak setuju

Sebelum ini, Siti Bainun dalam keterangannya pernah memberitahu mahkamah Bella melecur kerana terlanggar termos berisi air panas sehingga tertumpah ketika berebut ‘jajan’ dengan seorang lagi anak angkatnya yang dikenali sebagai ‘Balqis’ di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun, 31, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Dalam prosiding sama, Siti Bainun Ahd Razali menafikan tali yang berbentuk strap yang digunakan untuk mengikat Bella tidak diserahkan kepada pihak polis kerana tali itu tidak wujud. 

Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas mencadangkan perkara itu kerana tiada sebarang bukti yang dikemukakan pihak pembelaan berkenaan tali strap yang kononnya digunakan untuk mengelak Bella merayau di tengah malam. 

Zilfinaz: Mengapa kamu tidak menyerahkan tali strap yang kamu nyatakan ini kepada pihak polis? 

Siti Bainun: Kerana mereka tidak minta. 

Zilfinaz: Sudah tentu mereka tidak minta kerana kamu tidak beritahu mengenai tali strap ini ketika memberi keterangan. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya