Siti Bainun setuju Bella cedera ketika di rumahnya - Utusan Malaysia

Siti Bainun setuju Bella cedera ketika di rumahnya

SITI BAINUN AHD RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali melakukan kejutan apabila ‘mengakui’ bahawa segala kecederaan yang ada pada tubuh remaja Sindrom Down, Bella berlaku ketika anak angkatnya menetap di rumahnya di Kondominium Irama Wangsa, dekat sini sejak Oktober 2020.

Wanita terbabit juga memberitahu, dia juga pernah melihat kecederaan tersebut sepanjang remaja terbabit tinggal di kondominium tersebut.

Bagaimanapun, Siti Bainun ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria menafikan dia telah mengabaikan remaja terbabit sepanjang tempoh yang sama.

Wanita terbabit berkata demikian ketika pemeriksan balas oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadap wanita itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinas Abbas, Siti Bainun turut memberitahu, dia tidak pernah meninggalkan Bella atau mana-mana anak angkatnya tanpa pengawasan individu dewasa kerana Yasmin Mohd. Nahar berada di rumah.

Zilfinaz: Orang dewasa yang awak maksudkan adalah Yasmin?

Siti Bainun: Ya.

Zilfinaz: Berapa umur Yasmin ketika itu?

Siti Bainun: 18 tahun.

Siti Bainun juga tidak bersetuju dengan cadangan pendakwa raya itu bahawa dia gagal menjaga Bella walaupun tidak mendapat latihan atau mengikuti kursus berkaitan penjagaan kanak-kanak Sindrom Down.

Yasmin merupakan saksi pendakwaan kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda. Ketika memberi keterangan, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa Bella telah dipaksa makan cili yang banyak dan dipaksa makan ayam busuk dan disimbah air panas.

Sementara itu, ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, Siti Bainun tidak bersetuju yang dia perlu berbincang dengan pegawai pelindung Bella apabila remaja terbabit mendapat kecederaan.

Wanita itu juga tidak bersetuju bahawa dia tidak memberitahu Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohamad Imran Mohamed Zanyuin kecederaan sebenar Bella kerana tidak mahu sesiapa mengetahui kecederaan teruk remaja itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya