Sidang media bersama polis diadakan semula - Saifuddin

Sidang media bersama polis diadakan semula – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail mengadakan sesi libat urus bersama pengamal media, di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa beliau sudah mengusulkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani agar sidang akhbar secara berkala bersama pengamal media diadakan semula.

Saifuddin berkata, beliau telah menerima banyak maklum balas khususnya daripada rakan-rakan media berhubung kesukaran untuk mendapatkan sebarang perkembangan siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, beliau menyerahkan keputusan itu kepada Acryl Sani untuk menimbangkan cadangan itu dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Ketika keputusan dibuat oleh polis untuk tidak melanjutkan (sidang akhbar), saya mendengar versi polis pun ada logiknya juga.

“Cuma dalam keadaan sekarang ketika Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap untuk membina jalinan kerja yang lebih kondusif dengan rakan-rakan media sebagai rakan strategik, maka saya mengusulan kepada Ketua Polis Negara secara langsung dalam ucapan saya tadi untuk diadakan semula (sidang akhbar),” katanya.

Terdahulu, Saifuddin mengadakan sesi libat urus bersama pengamal media, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, KDN masih dalam peringkat dalam menentukan spesifikasi dan kesesuaian bagi pemasangan kamera badan polis termasuk beberapa signifikannya.

Katanya, pada masa ini pembelian dan perolehan gajet itu masih belum dibuat, namun ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat demi meningkatkan kecekapan tugas pasukan polis.

“Pemakaian gajet ini mampu untuk menjadi pengumpulan bukti, selain itu ia boleh meningkatkan integriti pasukan polis supaya anggota pasukan ini sedar bahawa mereka diawasi oleh gaget itu.

“Sebarang manipulasi oleh mana-mana pihak juga akan dapat dikawal. Buat masa sekarang isunya bukanlah bajet kerana peruntukan sudah ada. Arahan saya supaya ia dapat dilakukan secepat mungkin tanpa kompromi soal semua prinsip ketelusan dalam urusan perolehan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya