Siasat segera kes kemalangan maut Genting Highlands

Siasat segera kes kemalangan maut Genting Highlands

cukai jalan
ANTHONY Loke
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan siasatan segera dibuat membabitkan kes kemalangan maut di Genting Highlands, semalam yang mengorbankan tujuh penumpang.

Beliau juga mahu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan siasatan ke atas syarikat operator van persiaran yang membawa kesemua mangsa terbabit.

“Saya turut meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menjalankan siasatan dan mengkaji apakah punca kemalangan. MIROS akan bertanggungjawab untuk mengkaji keselamatan keadaan jalan di sana dan akan melaporkan dapatan mereka kepada pihak Kementerian Pengangkutan.

“Dalam kes ini, reka bentuk jalan raya dan juga selekoh terbabit perlu dikenal pasti adakah ia membahayakan pengguna kerana kemalangan itu dikatakan akibat kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan semasa mendekati selekoh tajam di kawasan tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Terdahulu Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van yang terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, Bentong semalam dipercayai dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang sehingga mengorbankan tujuh nyawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya