Siapa pun menang, perlu beri impak sehingga bukan ahli UMNO - Dr. Akmal

Siapa pun menang, perlu beri impak sehingga bukan ahli UMNO – Dr. Akmal

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kemenangan mana-mana calon dalam Pemuda UMNO sama ada untuk jawatan Ketua mahupun Naib Ketua pergerakan itu perlu dipastikan dapat memberi impak besar kepada pengundi termasuk dalam kalangan bukan ahli UMNO.

Calon Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara itu penting bagi memastikan parti mampu mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak.

“Kemenangan sebagai Ketua Pemuda atau Naib Ketua Pemuda perlu beri implikasi besar kepada pengundi tanpa mengira mereka ahli UMNO atau tidak. Sebabnya dalam politik ini, kita memerlukan sokongan daripada semua pihak dan bukan ahli parti sahaja.

“Kita juga perlu tunjuk betapa UMNO telah berubah dan mampu berubah. Sebagai contoh sebelum ini mungkin ada pihak tak pernah bayang UMNO akan beri ruang kepada orang kampung yang keluarganya tiada latar belakang politik, menjadi wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri tetapi kini sayalah buktinya bahawa perkara itu sudah berlaku.

“Maka perubahan itu boleh dilaksanakan dan perlu dimulakan daripada Pemuda. Semua itu perlu dilakukan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat sama ada di dalam mahupun luar parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Pergerakan Pemuda UMNO Peringkat Negeri Kedah di Bangunan Tunku, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan ahli Pemuda termasuk dirinya yang menyatakan hasrat bertanding Ketua Bahagian UMNO juga merupakan sebahagian daripada perubahan yang cuba ditampilkan dalam parti itu.

“Dalam politik ini kita kena selari dengan kehendak rakyat. Rakyat masih mahu dan sayangkan UMNO tetapi mereka hilang kepercayaan dan itulah yang ditunjukkan pada PRU15.

“Apa yang mereka mahu adalah perubahan dan perubahan itu perlu datang daripada orang muda. Sebab itu kini berlaku sesuatu yang di luar norma UMNO apabila ramai dalam kalangan Pemuda menawarkan khidmat sebagai ketua bahagian dan kami yakin gelombang perubahan mampu dibawa bagi mengembalikan semula kepercayaan kepada parti,” katanya.

Terdahulu ketika diberi peluang berucap memperkenalkan dirinya, Dr. Muhamad Akmal berkata, beliau memiliki misi dan visi yang jelas untuk menawarkan khidmat sebagai Ketua Pemuda iaitu untuk memenangi PRU16.

“Ada orang beritahu mereka ada 10 atau 20 agenda tetapi bagi saya itu semua retorik kerana kalau menang hari ini, esok mungkin lupa dah. Bagi saya pemuda tak boleh retorik sebaliknya perlu berterus terang dan disebabkan itu, misi dan visi saya jelas iaitu nak menang PRU16.

“Cara nak menang adalah kita kena beri harapan baru kepada rakyat. Sebelum ini semua kita buat tetapi orang muda termasuk saluran satu, dua dan tiga ‘swing’ kerana tidak percayakan UMNO dan tidak nampak ada sinar perubahan kepada parti tetapi percayalah, hakikatnya mereka masih sayangkan UMNO,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya