Shah Rukh Khan dipuji pandai jaga badan

Shah Rukh Khan dipuji pandai jaga badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Penampilan pelakon superstar, Datuk Shah Rukh Khan dengan imej badan sasa ketika usia sudah melewati 57 tahun menuai pujian ramai.

Imej pelakon tanpa berbaju itu dimuat naik seorang jurumekap semasa menjalani penggambaran filem Pathaan di Instagram, semalam.

Wanita bernama Preetisheel Singh D’Souza turut menyertakan kapsyen mengenai aktor terkenal itu ketika berpeluang bergambar semasa penggambaran filem tersebut.

“Seorang yang cerdik, bertimbang rasa, bijak, sopan, kelakar, murah hati dan merendah diri.

“Bahagia dan bersyukur kerana dapat mengenali dan bekerja dengan anda,” tulisnya seperti dilapor Hindustan Times.

Status tersebut dihujani reaksi kagum rata-rata warga maya yang tidak menyangka penampilan segak pelakon itu.

“Pelakon yang panas dan seksi,” tulis seorang netizen.

Pathaan ditayangkan di lebih 100 negara sejak 25 Januari lalu dan mendapat maklum balas memberangsangkan daripada penonton.

Filem arahan Siddarth Anand meraih kutipan sebanyak RM503 juta dalam tempoh 20 hari ditayangkan dari dalam dan luar negara.

Filem edaran Yash Raj Filmes itu mengisahkan Shah Rukh Khan yang memainkan watak seorang perisik Research and Analysis Wing dengan sangat cemerlang.

Pelakon legenda itu tampil dengan karakter bertubuh sasa dengan six pack dan lengan berotot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya