Sembilan berdepan detik cemas terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Sembilan berdepan detik cemas terlibat kemalangan

kemalangan
KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki empat orang dan dua penunggang dan pembonceng motosikal, dekat Jalan Besar Tali Air 7, Sungai Leman di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Enam mangsa berdepan detik cemas apabila motosikal dan kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dekat Jalan Besar Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan di sini, petang semalam.

Empat mangsa menaiki kereta terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki berusia 22 hingga 33 tahun. Sementara kedua-dua lelaki iaitu seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya berusia 17 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.26 petang sebelum mengerahkan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan ke tempat kejadian.

“Pasukan tiba di lokasi lima minit kemudian dan pemerhatian awal mendapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan empat orang mangsa menaiki sebuah kereta Proton Saga dan dua orang mangsa menaiki sebuah motosikal Modenas Kriss,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau menambah, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kesemua mangsa mengalami kecederaan dan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk rawatan.

“Komander operasi mengarahkan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)  melakukan rawatan awal dan menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” ujarnya.

Sementara itu dalam kejadian di sebelah pagi, tiga lelaki berjaya menyelamatkan diri selepas sebuah lori satu tan yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Lorong Menanti, Tanjong Karang, Kuala Selangor.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 17 hingga 18 tahun berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam.

Menurut Hafisham lagi, sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari BBP Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibantu pasukan EMRS untuk mendapatkan rawatan awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya