Semakan kes Najib: Baru mula, audio tiba-tiba `bisu'

Semakan kes Najib: Baru mula, audio tiba-tiba `bisu’

NAJIB Tun Razak tiba di di Mahkamah Persekutuan  bagi pendengaran permohonannya agar sabitan dan hukuman penjaranya dalam kes rasuah SRC International disemak semula di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas tertangguh selama sebulan, semakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekal sabitan dan hukumannya bermula semula hari ini.

Bagaimanapun, tidak sampai lima minit sidang bermula, prosiding semakan itu terpaksa dihentikan selepas sistem audio mahkamah mengalami masalah teknikal.

Ketika ini, bahagian teknologi maklumat mahkamah sedang membaik pulih sistem audio yang tiba-tiba ‘bisu’ ketika peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah.

Masalah audio tersebut telah diselesaikan selepas 20 minit.

Semakan tersebut didengar oleh panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang bersidang bersama-sama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.

Turut disenaraikan dalam panel terbabit ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Pada prosiding hari ini, Najib selaku pemohon diwakili barisan peguam bela yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya adhoc, Datuk V. Sithambaram.

Berdasarkan permohonan yang difailkan sebelum ini, Najib memohon agar keputusan yang dibuat pada 23 Ogos 2022 oleh lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat disemak semula dan beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Selain itu, Najib juga memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada sabitan serta hukuman dan kes penyelewengan dana SRC International dibicarakan semula di hadapan hakim yang lain.

Beliau yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, turut memohon agar dirinya dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalani sekarang sementara menunggu permohonan semakan itu dimuktamadkan.

Najib turut didenda RM210 juta selepas didapati bersalah kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya