Sarawak catat pendapatan cecah RM12 bilion

Sarawak catat pendapatan cecah RM12 bilion

ABANG Johari (tengah) ketika mengumumkan pencapaian pendapatan negeri hampir RM12 billion, 2022 di DUN Sarawak, Kuching petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak mencatatkan pendapatan negeri luar daripada jangkaan sebenar Sarawak bagi tahun kewangan 2022 sebanyak 17 peratus daripada RM10.2 bilion kepada RM11.9 bilion.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan ia merupakan prestasi hasil tertinggi yang pernah dicapai oleh Sarawak.

“Pendapatan negeri Sarawak ini cukup memberangsangkan dan ia luar daripada jangkaan sebenar kita.

“Hasil Sarawak terdiri daripada empat kategori utama, iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil, dan pemberian dan pembayaran balik Persekutuan. Hasil cukai menyumbang RM6.7 bilion atau 56 peratus daripada jumlah hasil, manakala kategori lain menyumbang 44 peratus,” katanya.

Jelas Abang Johari lagi, di bawah kategori hasil cukai, Cukai Jualan Negeri (SST) menyumbang 84 peratus atau RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai yang dikutip.

“Produk bercukai yang dikumpul di bawah SST, antara lain, terdiri daripada produk minyak dan gas, produk kelapa sawit dan aluminium. Prestasi yang lebih baik dalam kutipan SST adalah disebabkan oleh harga pasaran yang lebih tinggi pada 2022 untuk produk minyak dan gas serta produk kelapa sawit.

“Sebelum pengenalan SST ke atas produk minyak dan gas, khususnya bagi tahun kewangan 2018, hasil kutipan ketika itu ialah RM7.2 bilion. Justeru itu, prestasi hasil bagi tahun kewangan 2022 menyaksikan peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding 2018,” jelasnya dalam satu sidang media khas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Tegas Abang Johari lagi, kerajaan Sarawak akan terus mengkaji dan meneliti pelbagai inisiatif utama bagi meningkatkan hasil Sarawak melalui peningkatan, meluaskan dan mempelbagaikan sumber pendapatannya.
“Pada tahun 2022, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan seperti menguatkuasakan dasar dividen Negeri ke atas Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, dan mengenakan SST ke atas arang batu.

“Usaha ini amat penting, justeru Kerajaan Sarawak akan terus pergiatkan agenda pembangunannya untuk mencapai hasrat Sarawak menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 seperti yang digariskan dengan jelas dalam Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Dalam perkembangan lagi bagi membantu rakyat dan komuniti perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi pasca pandemik Covid-19, Premier Sarawak turut mengumumkan inisiatif kerajaan melalui lanjutan diskaun bil elektrik.

“Sejajar dalam mengurangkan kenaikan kos sara hidup serta kos menjalankan perniagaan, Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk meneruskan pemberian Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) pada diskaun bil elektrik sebanyak lima peratus hingga 25 peratus untuk pengguna domestik, komersial dan industri untuk ENAM bulan pertama tahun ini. Ini akan melibatkan sejumlah RM200 juta.

“Ini bermaksud kita berkehendakkan membantu usahawan tempatan dalam melangsungkan perniagaan mereka dalam fasa penjanaan semula ekonomi,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya