SAR komando lemas ditangguhkan

SAR komando lemas ditangguhkan

RONDAAN rutin oleh aset APMM dan agensi berkaitan akan diteruskan di sekitar perairan Pulau Undan, Jasin, Melaka. - SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang dikhuatiri lemas ketika latihan menyelam di perairan Pulau Undan pada 7 Februari lalu kini ditangguhkan, selepas hampir seminggu dijalankan namun gagal menemukan sebarang petunjuk.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, bagaimanapun aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi berkaitan akan meneruskan rutin rondaan seperti biasa.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi maklumat dari semasa ke semasa sekiranya terdapat petunjuk atau penemuan baharu.

“APMM melalui Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat (MRSC) memutuskan operasi SAR ditangguhkan susulan pencarian anggota tentera yang hilang hampir seminggu, gagal menunjukkan tanda-tanda penemuan baharu.

“Pelbagai usaha lain juga dilakukan termasuk penggunaan sonar oleh Tim Ukur Medan dari Cawangan Operasi dan Persempadan, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) bagi mengesan objek dalam air, setelah pencarian di permukaan air tidak memberikan apa-apa petunjuk.

“SAR hari ketujuh ditangguhkan, namun aset-aset maritim dan agensi sahabat akan meneruskan rutin rondaan seperti biasa dan APMM akan memberi makluman dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat petunjuk atau penemuan terbaharu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa latihan juru selam dijalani Edrin Baintim sebelum dikhuatiri lemas mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, sebelum didapati hilang, mangsa dan pasukannya telah melakukan penyelaman sedalam 60 kaki dan kemudiannya diteruskan ke kedalaman 120 kaki.

Katanya, anggota Rejimen Gerak Khas (komando) itu juga bukanlah kumpulan pertama melakukan latihan amali berkenaan, sebaliknya telah ada kumpulan lain melaksanakan penyelaman tersebut sebelum tragedi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya