Saad Lamjarred nafi rogol, serang wanita Perancis - Utusan Malaysia

Saad Lamjarred nafi rogol, serang wanita Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penyanyi terkenal kelahiran Maghribi, Saad Lamjarred didakwa di sebuah mahkamah di Paris, Perancis atas tuduhan merogol dan menyerang seorang wanita.

Penyanyi berusia 37 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah hotel mewah di Paris pada 2016.

Dia pada masa sama turut didakwa berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah jenis kokain ketika melakukan perkara tersebut.

Saad bagaimanapun, menafikan semua tuduhan tersebut.

Terdahulu, mangsa yang berusia 20 tahun mendakwa, mengenali Saad di sebuah kelab malam di Paris sebelum mengikut penyanyi itu pulang ke hotelnya.

Wanita berkenaan mendakwa dikasari Saad sebelum dirogol. Pekerja hotel berkenaan pula mendakwa, melihat wanita itu meninggalkan hotel dalam keadaan menangis dan tertekan.

Saad pada 2018 pernah didakwa atas kesalahan sama terhadap wanita lain di sebuah kelab malam di Saint Tropez. Perbicaraan bagi kes tersebut masih belum ditetapkan mahkamah.

Saad merupakan antara penyanyi Arab terkenal dan pernah menerima anugerah penghargaan tertinggi daripada Raja Mohammed VI pada 2015.

Lagunya, LM3ALLEM meraih jumlah tontonan luar biasa iaitu 1 bilion di platform YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya