Rohingya dikesan nikah guna sindiket

Rohingya dikesan nikah guna sindiket

PERKAMPUNGAN haram etnik Rohingya di Jalan Pulau Senang, Semabok, Melaka digempur pihak berkuasa awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Komuniti etnik Rohingya di Jalan Pulau Senang, Semabok di sini dipercayai menggunakan khidmat sindiket pernikahan bagi mendapatkan sijil nikah palsu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, perkara itu terbongkar selepas penahanan satu pasangan awal pagi tadi yang mengemukakan dokumen pernikahan palsu, membabitkan lelaki Rohingya dengan wanita warga Indonesia.

Beliau berkata, si suami berusia 30-an itu mendakwa telah bernikah dengan pasangannya dalam rumah sewa mereka pada 2018.

Katanya, pernikahan didakwa dilakukan seorang individu dipanggil imam dengan bayaran sebanyak RM450 dan diberikan sijil berkenaan.

“Serbuan bersepadu ini dibuat susulan aduan penduduk serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem mengenai perkampungan etnik Rohingya di kawasan ini.

“Hasil pemeriksaan, JAIM telah menahan dua keluarga termasuk pasangan Rohingya dan Indonesia yang disangsi status pernikahannya kerana kita syaki, mereka menggunakan khidmat sindiket dengan bayaran RM450,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat operasi.

Tambah Che Sukri, wanita berusia 30-an itu turut disyaki masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan lelaki warga Indonesia sebelum ini.

“Wanita itu mendakwa dia dan anaknya telah ditinggalkan begitu sahaja oleh suami terdahulu selama enam bulan, namun tiada sebarang pembubaran perkahwinan berlaku.

“Pada bulan seterusnya dia telah berkahwin dengan lelaki Rohingya ini dan mendapat seorang anak yang dilahirkan pada 2021,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN