KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion bagi tahun ini.
Peruntukan itu merupakan peningkatan berbanding peruntukan Bajet 2023 yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu tahun lalu iaitu RM372.3 bilion, malah meningkat berbanding RM332 bilion untuk Bajet 2022 dan RM322 bilion untuk Bajet 2020.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu meliputi RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
“Selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion ketimbang RM71.6 bilion tahun lalu. Peningkatan ini adalah untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan desa.
“Dengan pembaharuan tatacara perolehan kerajaan, akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN