Ramasamy tidak guna hak secara rasional

Ramasamy tidak guna hak secara rasional

P. RAMASAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kenyataan Dr. P. Ramasamy adalah sesuatu yang malang buat DAP ketika Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu dilihat tidak menggunakan secara rasional hak kebebasan memberikan cadangan kepada pemimpin negara yang dilihat bersikap terbuka ketika ini.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, hak tersebut sepatutnya dimanfaatkan beliau demi kebaikan masyarakat serta menjaga keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Selain itu katanya, Ramasamy selaku salah seorang pemimpin parti itu perlu bersikap adil, bertanggungjawab dan menghormati konsep kerjasama politik yang terbentuk ketika ini.

“Semua itu demi memelihara status solidariti kerajaan Perpaduan yang terbina kini. Merujuk kepada kenyataan peribadi beliau mengenai dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam, ingin ditegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak benar dan berteraskan persepsi semata-mata.

“Malah istilah dominasi tidak sepatutnya digunakan Ramasamy untuk menggambarkan amalan pengambilan penjawat awam kerana sistem digunakan adalah bersandarkan kelayakan merit dan bukan berdasarkan kaum, agama atau warna kulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwa Ramasamy didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ramasamy mendakwa, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi kaum Cina tidak lagi terpakai selain mendakwa terdapat diskriminasi kaum secara rahsia berkaitan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Mengulas lanjut Shaiful Hazizy berkata, Ramasamy tidak sepatutnya menjadi liabiliti kepada kerajaan Perpaduan yang kini memimpin negara.

“Adalah sangat malang buat DAP untuk beliau mengeluarkan kenyataan iu sedangkan masih banyak lagi ruang untuk beliau suarakan cadangan berdasarkan sikap kepimpinan negara yang lebih terbuka.

“Beliau sepatutnya menjadikan kelebihan kerajaan Perpaduan itu untuk menyuarakan pandangan lebih baik bagi memupuk keharmonian dalam masyarakat dan bukan memecah-belahkan,” katanya yang meminta Ramasamy berlapang dada dengan setiap teguran terhadapnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya