Ramadan: 150,000 biji telur ayam ditambah setiap minggu

Ramadan: 150,000 biji telur ayam ditambah setiap minggu

NUKMAN Hashim (dua dari kiri) membantu kakitangan FAMA menjual telur ayam pada Program Jualan Terus Dari Ladang di Gelong Bilal, Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu akan menambah bekalan sebanyak 150,000 biji telur dalam tempoh seminggu bagi menampung permintaan yang tinggi pada Ramadan nanti.

Pengarah FAMA Terengganu, Nukman Hashim berkata, pihaknya telah membuat permintaan itu kepada ibu pejabat untuk menguruskan penghantaran tersebut.

Menurutnya, ketika ini, Terengganu menerima bekalan 90,000 biji telur seminggu, namun jumlah itu tidak akan mencukupi pada bulan Ramadan.

“Penggunaan telur sangat tinggi sepanjang Ramadan kerana pengusaha kuih-muih tradisional dan pengusaha bakeri memerlukannya untuk pelbagai menu hidangan.

“Begitu juga dengan peniaga kecil-kecilan yang menggunakan telur sebagai bahan utama dalam jualan masakan. Kita berharap bilangan tersebut adalah cukup untuk menampung keperluan penduduk Terengganu pada bulan puasa nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Terus Dari Ladang di Gelong Bilal, di sini hari ini.

Ditanya mengenai bekalan sayur-sayuran yang semakin berkurangan pula, Nukman berkata, masalah itu akan pulih pada Ramadan nanti kerana kebanyakan petani sudah mula menanam dan tuaian dijangka dapat dilakukan tidak lama lagi.

“Pengeluaran agak terjejas kerana banyak kawasan tanaman sayur-sayuran terjejas banjir baru-baru ini dan untuk penyelesaian sementara, FAMA Terengganu akan membawa 10 tan stok bekalan sayur-sayuran untuk menampung permintaan di pasaran.

“Mungkin ada sedikit peningkatan harga sayur tertentu kerana pelbagai faktor namun bekalannya akan stabil pada Ramadan dan Aidilfitri nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, program JTDL akan diadakan sebanyak 17 kali dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini untuk membantu orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan dengan harga berpatutan.

“Program ini membabitkan penglibatan pemimpin komuniti, masjid serta usahawan tempatan yang sudi memberi sedikit sumbangan agar orang ramai boleh membeli dengan harga lebih murah berbanding harga di pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya