Rakyat Johor diminta dapatkan segera suntikan kedua dos penggalak - Utusan Malaysia

Rakyat Johor diminta dapatkan segera suntikan kedua dos penggalak

LING TIAN SOON (tengah) bergambar bersama-sama penduduk selepas melancarkan Projek Akuagro Rukun Tetangga Peringkat Negeri Johor di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri masih belum berpuas hati dengan jumlah peratusan penduduk negeri ini yang mendapatkan suntikan kedua dos penggalak vaksin Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, setakat ini jumlah yang mendapatkan suntikan itu amat rendah, iaitu hanya 1.9 peratus daripada keseluruhan lebih 3.5 juta rakyat negeri ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai segera mendapatkan suntikan kedua dos penggalak di hospital kerajaan ataupun klinik kesihatan terdekat.

“Kalau boleh kita mahu cuba sedaya upaya untuk meningkatkan jumlah rakyat yang terima ‘booster’ kedua, tetapi setakat ini kita baharu capai 1.9 peratus sahaja.

“Mungkin disebabkan keadaan Covid-19 ketika ini yang masih terkawal. Walaupun kita tidak meletakkan sebarang sasaran, namun kita seru rakyat Johor khususnya mereka yang mempunyai sakit kronik atau golongan berisiko tinggi untuk mendapatkannya,” katanya selepas melancarkan Projek Akuagro Rukun Tetangga (RT) Johor di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Datuk Noridah Abdul Rahim; Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu dan Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman.

Tian Soon berkata, kerajaan negeri juga telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran umum tentang manfaat mendapatkan suntikan kedua vaksin Covid-19.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan peruntukan berjumlah RM230,000 untuk pelaksanaan projek peluasan 20 tapak Akuagro RT pada tahun ini.

Langkah itu selari dengan hasrat kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat di peringkat kediaman selain turut membantu mengukuhkan perpaduan antara kaum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.