Belanjawan 2023: Projek JENDELA dipercepatkan - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Projek JENDELA dipercepatkan

LIPUTAN 5G semakin luas di negara ini. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha nasional menyediakan jaringan internet di seluruh negara dan manfaatnya dinikmati semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui usaha tersebut sebanyak RM725 juta disediakan bagi melaksanakan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan juga merangkumi hampir 3,700 buah sekolah.

“Pentadbiran lalu telah menerajui initiatif 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB). Pada akhir 2022, DNB mencapai 50 peratus liputan kawasan berpenduduk dan disasarkan akan mencapai 80 peratus liputan menjelang penghujung tahun 2023.

“Kerajaan Perpaduan kini mengambil pendekatan supaya DNB diuruskan dengan lebih telus dan terangkum supaya mencapai penyertaan penuh oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Akhirnya, apa yang mustahak adalah untuk mencapai liputan 5G yang menyeluruh dan pada harga yang berpatutan untuk rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.