Program realiti: Bukan serik, tapi cukup-cukuplah - Ayda Jebat - Utusan Malaysia

Program realiti: Bukan serik, tapi cukup-cukuplah – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, mendedahkan dia mungkin tidak lagi akan menyertai mana-mana program realiti yang memerlukan komitmen mingguan.

Menolak andaian dirinya sudah serik, Ayda, 30, berkata keputusan itu dibuat kerana dia enggan terikat dengan komitmen yang memakan masa, tenaga dan kreativiti.

“Bukan sebab serik, tetapi rasanya semua tahu jika menyertai program realiti, terutama yang memerlukan komitmen mingguan memang tidak mudah.

“Disebabkan itu, rasanya saya tidak mahu lagi masuk program nyanyian realiti. Cukup-cukuplah, saya mahu fokus perkara lain pula selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Pencuri Hati dan Temberang ini, pengecualian diberikan jika pertandingan itu tidak memerlukan komitmen berterusan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Terdahulu, pada saingan malam kemuncak Famili Duo musim kedua yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam, Ahad lalu, Ayda dan adiknya, Fyna Jebat (The Jebats) diumumkan sebagai naib juara.

Pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah muncul juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang duo Bella Astillah & Wany Kayrie dan Naim Daniel & Sissy Imann.

Famili Duo musim kedua bersiaran selama lapan minggu, menampilkan tujuh pasangan selebriti berentap.

Pemarkahan ditentukan juri tetap, Ajai dan Mas Idayu sebanyak 80 peratus, manakala 20 peratus lagi berdasarkan undian atas talian daripada peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya