Polis panggil 8 individu babit kes buang Al-Quran - Utusan Malaysia

Polis panggil 8 individu babit kes buang Al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan berkaitan kes 13 naskhah al-Quran yang dibuang di dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, keterangan individu yang juga saksi awal yang menemukan al-Quran tersebut juga telah diambil.

“Kita juga telah merakam keterangan beberapa individu yang ada dalam video tular tersebut bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program KL Cops Night Ride Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Azmi berkata, pihaknya turut melakukan siasatan di masjid serta surau berhampiran bagi mengenal pasti sama ada jika al-Quran tersebut berasal dari premis berkenaan.

“Kita juga sedang menyemak kamera litar tertutup di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan. Kita juga akan menghantar naskhah al-Quran itu ke jabatan kimia untuk dianalisis,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 52 tahun mengenai penemuan tersebut yang tular di platform media sosial TikTok.

Ketika kejadian, pengadu sedang beriadah bersama suaminya ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan di tasik itu.

Hasil pemerhatian pengadu mendapati senaskhah al-Quran dalam keadaan terbuka dan terkeluar dari beg berkenaan.

Pengadu kemudian meminta bantuan daripada seorang lelaki yang berada berdekatan untuk membawa naik beg terbabit.

Kesemua naskhah al-Quran berkenaan dibawa ke Masjid Annas, Kampung Selayang Lama sebelum laporan polis dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN