Polis buru suspek ragut beg tangan - Utusan Malaysia

Polis buru suspek ragut beg tangan

TANGKAP layar rakaman CCTV kejadian ragut beg tangan seorang wanita di Kampung Manjoi Tambahan di Ipoh yang tular dalam media sosial. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang memburu suspek kes ragut beg tangan seorang wanita di Jalan Anggerik, Kampung Manjoi Tambahan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video tular kejadian ragut itu hari ini selepas dimuat naik melalui laman sosial Twitter.

Katanya, semakan mendapati kejadian itu berlaku pukul 9.39 pagi, kelmarin di mana satu laporan polis telah pun dibuat mangsa.

“Semasa kejadian, mangsa berusia 63 tahun sedang berjalan di tepi jalan sebelum beg tangannya diragut penunggang motosikal dari arah belakang.

“Antara barang yang dilarikan suspek ialah wang tunai RM1,500, telefon bimbit dan dokumen peribadi lain. Mangsa tidak cedera dalam kejadian itu,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang masih bebas.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu terutama dua pemandu kenderaan yang dilihat mengejar suspek dalam video tular diminta tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan,” katanya

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 33 saat memaparkan seorang wanita diragut dari arah belakang oleh suspek disyaki lelaki sebelum penjenayah itu dikejar oleh dua buah kereta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya