Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dibentang Jun ini

Parlimen: Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dibentang Jun ini

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pencemar sumber air akan dibentangkan di Dewan Rakyat Jun depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,  pindaan itu melindungi hak mangsa gangguan bekalan air akibat pencemaran, dengan membolehkan pengguna dan pemegang lesen air menuntut semula kos untuk memulihkan sistem bekalan air yang dicemari pihak yang didapati bersalah.

Jelasnya lagi, pindaan itu antara lain akan meningkatkan kadar denda daripada RM100,000 kepada RM10 juta, manakala hukuman penjara dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun.

“Kementerian sedang melaksanakan pindaan Akta 655 industri (Akta 655) membabitkan tiga perkara utama, bertujuan meningkatkan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko menyebabkan pencemaran air kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air.

“Ketiga-tiga pindaan ini membabitkan Seksyen 121 dan Seksyen 122 dalam Akta 655. Ia kini di peringkat semakan dan penelitian kementerian, sebelum diangkat untuk kelulusan Jabatan Peguam Negara.

“Pindaan ini dijangka dibentangkan dalam sidang Parlimen pada Jun 2023,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, pindaan Akta 655 juga akan menyenaraikan kesalahan baharu, antaranya menghukum sebarang perbuatan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna atau penutupan sistem bekalan air.

Terdahulu, Che Alias Hamid (PN-Kemaman) yang bertanya sejauh mana komitmen kementerian meminda Akta 655 dengan mengenakan hukuman dan denda lebih tinggi terhadap pencemar air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya