PH-BN tiada halangan teruskan kerjasama hadapi PRN

PH-BN tiada halangan teruskan kerjasama hadapi PRN

SALAHUDDIN Ayub menyampaikan beg sekolah kepada seorang murid pada Majlis Sumbangan Kembali Ke Sekolah dan Program KPDN di Pusat Peduli Rakyat DUN Kota Siputeh di Kampung Kandis, Kodiang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN: Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini tidak menampakkan sebarang halangan untuk diteruskan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), pada tahun ini.

Naib Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kesepakatan itu ditunjukkan menerusi Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Februari lalu.

Menurutnya, ketika ini gabungan tersebut sedang membina kekuatan untuk meraih keyakinan rakyat bagi menghadapi PRN di keenam-enam negeri terlibat.

“Antara faktor yang menarik keyakinan rakyat terhadap kita adalah prestasi semasa kerajaan Perpaduan bersandarkan pelbagai komitmen serta usaha diketuai Perdana Menteri. Itu bakal menjadi referendum terhadap kepimpinan kerajaan Perpaduan.

“Rakyat tampak yakin bahawa kita akan terus memerintah untuk tempoh satu penggal penuh dan keyakinan itu akan mempengaruhi mereka untuk memilih PH dalam PRN di enam negeri nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Sumbangan Kembali Ke Sekolah dan Program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Pusat Peduli Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kampung Kandis, Kodiang, petang ini.

Mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen hari ini bahawa PN akan meraih kemenangan di enam negeri berikutan tindakan PH membuat pelbagai tuduhan terhadap gabungan itu, Salahuddin berkata, Muhyiddin berhak untuk membuat apa saja telahan berhubung perkara tersebut.

“Itu terpulang kepada beliau, tetapi bagi kami gelanggang untuk bertarung di enam negeri masih terbuka dan saya percaya rakyat kian bijak membuat penilaian tentang prestasi kerajaan Perpaduan walaupun kami baru dua bulan bersama,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pada itu turut menempelak kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mendakwa kerjasama PH dan BN akan bergolak berikutan pengagihan kerusi untuk PRN.

“Di pihak kami tak berpecah pun malah masih berpadu hingga ke hari ini. Kalau nak berpecah itu, mungkin parti merekalah agaknya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya