KUALA LUMPUR: Persaingan merebut kerusi Naib Presiden UMNO semakin hangat apabila empat lagi pemimpin dalam parti itu mengesahkan bertanding jawatan berkenaan semalam. Mereka yang menyerahkan borang sebagai pengesahan untuk bertanding ialah Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Hasni Mohammad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. Perkembangan itu menyaksikan…










