Perolehan, kos vaksin Covid-19 tidak ikut peraturan - PM

Perolehan, kos vaksin Covid-19 tidak ikut peraturan – PM

kwsp
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin Covid-19 dan kos berkaitan yang dikesan tidak mengikuti peraturan pada sidang Parlimen yang akan berlangsung bermula 13 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri-menteri yang terlibat dipercayai menandatangani pembelian vaksin itu ketika tempoh pandemik bagi tujuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICk) tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.

Belaiau berkata, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa akan memberikan perincian secara lanjut berhubung perkara itu.

“Kita mendapati (pembelian dan kos vaksin) tidak mengikuti peraturan, transaksi yang diluluskan tidak mematuhi proses sebenar.

“Sebahagian perolehan vaksin menimbulkan persoalan berhubung angka dan kos, dan perkara ini perlu dibentangkan di Parlimen,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.