Perluas stesen minyak tanpa subsidi di sempadan

Perluas stesen minyak tanpa subsidi di sempadan

SALAHUDDIN Ayub melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Microsite Francais Malaysia di KPDN, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan banyak stesen minyak tanpa subsidi diwujudkan di semua negeri bersempadan negara asing menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Projek Rintis Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi yang dimulakan di dua stesen di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis dijangka mampu membendung isu ketirisan petrol dan diesel bersubsidi dianggarkan berjumlah hampir RM150 juta setahun.

“Ini antara penyelesaian paling praktikal dan saya sudah edar nota dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lalu agar konsep stesen ini dikembang ke negeri-negeri lain,” jelasnya dalam sidang akhbar selepas menghadiri  Perhimpunan Bulan Februari KPDN 2023 dan melancarkan Program Microsite Francais Malaysia di kementeriannya, di sini hari ini.

Pada 15 Februari lalu, beliau merasmikan Projek Rintis Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi itu menyaksikan kenderaan plat asing terutama dari Thailand dilarang mengisi dua jenis minyak itu di 40 stesen biasa di seluruh negeri tersebut.

Beliau pada ucapannya membayangkan idea inovasi KPDN itu bakal dibuka di Kedah, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak, namun tidak memperincikan bilakah pelaksanaannya.

Bahkan beliau yakin, selepas dilaksanakan kelak, tiada lagi isu kenderaan plat negara asing cuba ‘mencuri’ minyak bersubsidi di stesen biasa, malah mereka diharam masuk ke stesen normal dan hanya dibenarkan mengisi minyak di stesen tiada subsidi mengikut harga pasaran diapungkan.

Meskipun kadarnya lebih mahal berbanding stesen biasa, tetapi Salahuddin berkata, harga minyak di Malaysia secara umum masih lagi murah termasuk di peringkat ASEAN.

Beliau memberi contoh RON95 di Malaysia tanpa subsidi ialah RM3.35 walhal di Thailand ialah RM5.25, manakala di Singapura mencecah RM8.90 dan Indonesia pula RM4.20.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, pihaknya akan bermesyuarat dengan pelbagai agensi esok berhubung isu ketirisan subsidi diesel dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Azman Mohd. Yusuf melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Beliau tidak menolak kemungkinan satu pasukan petugas khas ditubuhkan untuk pertimbangan Kabinet bagi memantau isu ini lebih teliti selain memberi jaminan banyak siri operasi bagi membanteras penyelewengan subsidi diesel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.