GAZIANTEP, Turkiye: Cemas, trauma dan takut. Demikian perasaan menyelubungi penduduk di kawasan tenggara Turkiye susulan gempa bumi bermagnitud 6.5 yang melanda malam kelmarin (awal pagi semalam waktu Malaysia). Ia bagaikan derita berganda dialami mereka selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 melanda wilayah berkenaan pada 6 Februari lalu, mengorbankan lebih 40,000 nyawa di negara ini termasuk di Syria. Apa yang menyedihkan, biarpun mungkin masih terdapat saki-baki mayat di bawah sisa runtuhan…