Pemuda maut motosikal terbabas dalam sungai - Utusan Malaysia

Pemuda maut motosikal terbabas dalam sungai

PASUKAN Penyelamat di Air (PPDA) JBPM berjaya menemukan mangsa dalam jarak kira-kira 15 meter dari lokasi kejadian sekitar Tandop Belat Raja, Sungai Tambun Tulang, Arau hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas seterusnya terjunam ke dalam sungai berhampiran Tandop Belat Raja, Sungai Tambun Tulang, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Mohd Syafid Arifin, 27, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pukul 11.07 pagi iaitu kira-kira 15 meter dari lokasinya jatuh.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar pukul 8.27 pagi dan pasukan unit kereta peronda polis (MPV) dikerahkan ke lokasi berkenaan.

“Sewaktu tiba di lokasi, polis mendapati pasukan JBPM telah berjaya menaikkan motosikal milik mangsa yang ditemukan sekitar pukul 8.50 pagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata, pasukan penyelamat menemukan mangsa dalam jarak kira-kira 15 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas akibat kejadian itu,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan juga diserahkan kepada Bahagian Trafik IPD Arau untuk siasatan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Mayat mangsa turut dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi menjalani proses bedah siasat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya