Pembaikan lampu Stadium Perak dijangka siap hari ini - Utusan Malaysia

Pembaikan lampu Stadium Perak dijangka siap hari ini

DATUK Mazlan Abd Rahman (depan) mengetuai angkat sumpah Ahli Majlis MBI dari BN di Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN MBI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerja-kerja pembaikan dan penggantian kabel serta komponen lampu limpah Stadium Perak yang hilang akibat dicuri baru-baru ini dijangka siap hari ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kerja-kerja pembaikan dan penggantian sedang giat dilaksanakan dan sudah mencapai tahap 70 peratus.

Katanya, jika semuanya berjalan lancar, kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya malam ini.

“Kerja-kerja pembaikan dan penggantian kabel dan komponen lampu limpah stadium pasti siap sebelum 25 Februari ini. Kita sudah lantik tiga syarikat untuk buat kerja itu serentak.

“Saya rasa tiada masalah untuk Perak FC bermain (dalam Liga Super) pada 25 Februari ini kerana hari ini proses pembaikan pada tengah hari ini sudah capai 70 peratus siap.

“Jadi malam ini sudah pasti selesai, kita akan buat pengujian lampu pagi esok,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis angkat sumpah Ahli Majlis MBI di sini hari ini.

Mengenai dakwaan kehilangan kabel dan komponen lampu limpah itu berunsur perbuatan sabotaj, Rumaizi berkata, kes itu diserahkan kepada pihak polis.

“Saya serahkan kepada pihak polis kerana kejadian seperti ini tidak pernah terjadi,” katanya.

Sementara itu, seramai 25 orang termasuk termasuk Rumaizi mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) bagi tempoh 16 Februari 2023 hingga 15 Februari tahun depan hari ini.

Daripada jumlah itu, Pakatan Harapan (PH) diwakili 19 Ahli Majlis iaitu DAP 11, PKR 6 dan Amanah 2 manakala Barisan Nasional (BN) lima ahli majlis.

Bagi lantikan Ahli Majlis BN, tiada lantikan dari kalangan wakil MCA dan MIC.

Ditanya mengenai tiada pelantikan wakil daripada dua parti komponen BN itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, rundingan mengenai pelantikan tersebut telah dijalankan bersama Pakatan Harapan (PH) dan BN.

“Dalam Kerajaan Perpaduan, rundingan dijalankan di peringkat PH dan BN. Jadi, kalau pelantikan peringkat BN itu merupakan urusan dalaman (BN) yang kami tak masuk campur.

“Kami cuma terima senarai cadangan nama daripada pihak BN untuk dipertimbangkan untuk pelantikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya