Pemandu van cedera parah dalam kemalangan

Pemandu van cedera parah dalam kemalangan

KEMALANGAN yang berlaku di Batu 8, Jalan Sibu-Bintulu di sini pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Seorang pemandu van mengalami luka di muka kanan dan patah kaki dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 8, Jalan Sibu-Bintulu pagi tadi

Kemalangan membabitkan sebuah van, lori dan trak pikap itu berlaku di hadapan sebuah institut memandu sekitar jam 8.55 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikerahkan ke tempat kejadian, kira-kira 14km dari balai tersebut selepas menerima panggilan kecemasan.

“Ketika tiba di tempat kemalangan mereka mendapati seorang lelaki berusia 28 tahun tersepit di tempat duduknya di dalam sebuah van dan segera bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alat pemotong.

“Mangsa yang cedera di muka dan patah kaki kedua belah kakinya dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera,” ujarnya.

Tambahnya mangsa dipercayai dalam perjalanan menghantar barangan dari Sibu ke Kapit apabila terbait dalam kemalangan dengan sebuah lori dan sebuah lori pikap.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya