Pelatih PUSPEN maut dipercayai dipukul - Utusan Malaysia

Pelatih PUSPEN maut dipercayai dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Perlop, Sungai Siput maut dengan kesan kecederaan di badan dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, punca kematian pelatih lelaki warga tempatan berusia 50 tahun itu diperolehi selepas bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Polis menerima maklumat kematian lelaki itu pada pukul 12.55 tengah hari, Selasa lalu. Siasatan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Siput sebelum dirujuk ke HRPB untuk tujuan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian belakang badan mangsa akibat dipukul dengan objek tumpul,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berikutan itu, pihaknya telah menahan tiga kakitangan pusat pemulihan berkenaan dan seorang pelatih berusia lingkungan 30 hingga 38 tahun untuk siasatan.

Katanya, kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Rabu depan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan maklumat tidak sahih kepada umum dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya