Pelantikan ahli majlis tidak ikut pecahan parti - Utusan Malaysia

Pelantikan ahli majlis tidak ikut pecahan parti

SANDREA Ng Shy Ching (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada seorang ahli majlis Majlis Daerah Kampar di Kampar hari ini. UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Pelantikan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak berdasarkan kepada pecahan mengikut parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, setiap lantikan ahli majlis adalah mereka yang namanya dicadangkan oleh setiap parti.

Katanya, sebelum itu, rundingan peringkat dalaman diadakan dalam parti masing-masing seperti Barisan Nasional (BN) yang mengadakan rundingan dengan komponen parti itu termasuk MIC.

“Semua rundingan untuk pelantikan ahli majlis dibuat di peringkat parti tetapi apabila dilantik, mereka mewakili Kerajaan Perpaduan. Kita tidak membuat lantikan berdasarkan pecahan mengikut parti.

“Saya percaya semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan diberi peluang dan ruang untuk beri cadangan nama (lantikan ahli majlis),” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis angkat sumpah Ahli Majlis Majlis Daerah Kampar di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan pilihan raya tempatan menjadi keutamaan dan perkara itu bukan antara yang terkandung dalam manifesto.

Menurutnya, apatah lagi untuk melaksanakan pilihan raya melibatkan banyak aspek terutama dari segi perundangan di peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, selagi SPR tidak mengubal undang-undang tersebut, tiada punca kuasa untuk menjalankan pilihan raya tempatan diadakan.

“(Pilihan raya tempatan) tidak jadi keutamaan. Hal ini juga bukan salah satu manifesto daripada mana-mana parti komponen selepas pembentukan kerajaan dan ia tidak pernah dibincang atau mencapai apa-apa keputusan.

“Dalam Kerajaan Perpaduan, kita kena lihat balik apa yang dijadikan agenda bersama yang kita ada consensus (muafakat) yang sama-sama kita hendak utamakan.

“Jadi dalam hal ini, pilihan raya kerjaaan tempatan memang bukan keutamaan kita. Kita ikut mekanisme sedia ada cuma kita masih terbuka jika ada apa-apa cadangan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya, kita memang sedia terima cadangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.