Pekebun sawit didenda RM6,500 hina Agong bentuk kerajaan perpaduan

Pekebun sawit didenda RM6,500 hina Agong bentuk kerajaan perpaduan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Akibat menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi sebuah hantaran Facebook, pekerja kebun kelapa sawit didenda RM6,500 atau berdepan enam bulan penjara.

Hanis Nordin, 34, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Hasniah Ab Razak susulan menghina Agong berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan pada Disember lalu. 

Difahamkan, hantaran itu telah dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada 13 Disember tahun lepas.

Kesalahan itu dihukum mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, memperuntukkan maksimum denda RM50,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, termasuk denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan berulang selepas sabitan.

Terdahulu, tertuduh tidak diwakili peguam, merayu hakim mengenakan hukuman ringan atas alasan hantaran itu disalah erti dan posting itu tidak bermaksud menyakiti hati sesiapa.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon mahkamah mengenakan hukuman pencegahan kepada tertuduh

“Tertuduh melanggar hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Dia gagal mengikuti prinsip Rukun Negara kedua dan kelima, yang mana kesetiaan kepada raja dan negara, dan kesopanan dan kesusilaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN