Pas percuma bagi pelajar sekolah, OKU - Anthony Loke

Pas percuma bagi pelajar sekolah, OKU – Anthony Loke

ANTHONY Loke dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran pas MyRaiLife di KL Sentral, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MyRailLife, pas perjalanan percuma bagi pelajar sekolah dari tahun satu sehingga tingkatan enam dan golongan orang kurang upaya (OKU) bagi KTM Komuter dan Shuttle Timuran (DMU).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, MyRailLife mula dilaksanakan sejak 15 Februari, pas ini sah digunakan antara stesen mula dan stesen destinasi yang dicatatkan dan boleh digunakan tanpa had dalam tempoh sahguna tersebut.

Menurutnya, Pas percuma itu layak bagi perkhidmatan Shuttle Timuran KTMB yang melibatkan 14 buah laluan antara Gemas sehingga ke Tumpat, perkhidmatan KTM Komuter Sektor Lembah Klang (Laluan Pulau Sebang – Batu Caves dan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim) serta Komuter Sektor Utara (Laluan Padang Rengas – Butterworth dan Padang Besar – Butterworth).

“KTMB juga menyediakan 10,000 kad Komuter Link secara percuma untuk pendaftar terawal bagi pengguna baru dan pemegang kad MyRail5, iaitu kepada pengguna KTM Komuter OKU dan pelajar di Lembah Klang,” katanya kepada pemberita semasa sidang media pelancaran pas MyRaiLife di KL Sentral di sini, hari ini.

Beliau berkata, KTMB bukan hanya mod pengangkutan semata-mata tetapi merupakan satu saluran penting untuk anak-anak mereka menuntut ilmu.

Sebagai contoh, katanya, di Kelantan lebih 100 pelajar di Kuala Geris bergantung kepada perkhidmatan Shuttle Timuran KTMB untuk ke sekolah di Dabong.

Dalam pada itu, tambahnya, ramai mengadu mengenai kesesakan di waktu puncak, oleh itu, tiga set tren tiga-gerabak Electrical Multiple Unit (EMU) akan dihantar ke utara untuk menambahbaik perkhidmatan KTM Komuter Utara laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar dan Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas.

“Satu lagi set tren tiga-gerabak akan digunakan untuk siap sedia operasi perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang.

“Bermula dari 18 Februari, jadual waktu kepada perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara laluan Padang Besar ke Butterworth akan ditambahbaik dengan peningkatan kekerapan dari 60 minit ke 20 minit pada waktu puncak pagi dan dari 60 minit ke 30 minit pada waktu puncak petang,” ujarnya.

Bagi laluan Butterworth ke Padang Besar pula, Loke berkata, jadual perkhidmatan akan ditambah baik dengan kekerapan pada setiap 30 minit pada waktu puncak pagi dan petang.

Menurutnya, kekerapan perkhidmatan tren Komuter Utara laluan Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas akan ditambah baik dengan penambahan kekerapan di ruang luar waktu puncak pada setiap 120 minit berbanding 180 minit kekerapan sebelum ini.

“Bagi menikmati faedah ini, para pengguna yang layak perlu mendaftar dengan KTMB untuk mendapatkan nombor Passenger Name Record (PNR) terlebih dahulu. Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui aplikasi KITS (KTMB Mobile), melayari laman sesawang KTM atau mendaftar di kaunter KTMB.

“Sejurus mendaftar dan kelulusan diperolehi, pengguna boleh mendapatkan pas MyRailLife menerusi pautan Rail Pass di dalam aplikasi KITS atau melalui sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya