Pandora Papers, RUU Perbekalan 2023 dan Malaysia Madani antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini  - Utusan Malaysia

Pandora Papers, RUU Perbekalan 2023 dan Malaysia Madani antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini 

ISU Pandora Papers yang didedahkan dua tahun lalu membabitkan ahli perniagaan dan ahli politik Malaysia belum ada jawapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu melibatkan Pandora Papers yang mendedahkan beberapa pemimpin negara didakwa menyimpan kekayaan di luar pesisir antara yang menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini. 

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dijangka bertanya soalan itu kepada Perdana Menteri mengenai pendirian kerajaan berhubung Pandora Papers serta sejauh mana siasatan dan tindakan susulan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaksanakan.

Persoalan itu akan dikemukakan menerusi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.

Seterusnya, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) meminta Perdana Menteri menyatakan model yang digunakan dalam pembentukan konsep Membangunkan Malaysia Madani dan setakat mana ia diaplikasi secara rasmi dalam sistem pentadbiran dan dalam pelaksanaan dasar-dasar semasa kerajaan.

Azli Yusof (PH-Shah Alam) pula turut meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang meneruskan pembangunan secara menyeluruh Kampung Baru Kuala Lumpur seperti diusahakan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018 hingga 2020 supaya selari dengan sasaran Kuala Lumpur Smart City 2030.

Bagi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Datuk R. Ramanan (PH-Sungai Buloh) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan jika bas pengantara akan digandakan di stesen-stesen termasuk penambahan laluan bas pengantara kerana masih ada penumpang masih menggunakan khidmat aplikasi pandu seru.

Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) pula meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bantuan dan sokongan yang dapat diberi kepada akademi sukan dan permainan yang dikendalikan oleh bekas pemain negara.

Pada permulaan urusan mesyuarat mengemukakan rang undang-undang kerajaan untuk bacaan kali pertama, Menteri Kewangan dijangka membacakan  Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya